Saya, sebagai seorang manusia yang biasa; amat menyangjung tinggi syarikat-syarikat yang memberi peluang kepada "Orang-Orang Yang Kurang Berupaya' (OKB) ini untuk mencari nafkah serta dapat memberi peluang untuk memperangsangkan individu supaya dapat menceburi yang dunia beranika gaya dengan menanam semangat keyakinan diri pada mereka yang kurang bernasib ini.
Boleh saya berani katakan bahawa syarikat-syarikat ini sungguh "berani" menerajui langkah-langkah positif yang dynamik demi membelakangkan pandangan orang lain iaitu mereka yang selama ini hanya berjanji-janji sahaja seperti mendengar bunyi di anak tangga tapi tiada nampak bayangnya -yang ingin manghulurkan tangan yang penuh kasihan demi untuk membela nasib OKB ini.
Dunia sekarang telah banyak berubah. kini, ramai OKB telah diberi pendedahan yang banyak tentang aspek-aspek keperluan asas seperti latihan-latihan yang bersesuaian dengan tubuh badan individu demi untuk menyediakan mereka supaya lebih matang dan berdikari demi untuk menghadapi cabaran hidup yang penuh berliku.
1 comment:
it is a noble cause to employ these handicap people so that they can be independent again and reduce burden on their family but what puzzle me most is when i see these people smoke something which i consider luxury and unnecessary
Post a Comment